Abang Bomba Bergadai Nyawa demi ‘Meow’

Gambar : Harian Metro

Kasih sayang antara manusia dan haiwan tidak dapat dipisahkan, berikut kejadian yang terjadi di Balkoni tingkat 10 daripada 18 tingkat yang terletak di Flat Sri Kelantan, Kuala Lumpur dimana kucing tersebut yang terperangkap telah berjaya diselamatkan. Kejadian tersebut mengambil masa selama hampir satu jam untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada pemilik Meow melalui talian MERS999 pada jam 11.20 pagi. Seramai lapan anggota bomba telah dihantar ke lokasi untuk cuba menyelamatkan kucing menggunakan jaring kayu tetapi tindakkan itu membuatkan cik Meow ketakutan lalu bergerak lebih jauh ke tengah balkoni.

Walau bagaimanapun, pada jam 12.21 tengahari cik Meow telah bertindak melompat sebelum melayang jatuh ke atas kanvas yang telah disediakan oleh anggota penyelamat di tingkat bawah kediaman.

sumber berita : Harian Metro

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...