Borderlands 3 Teaser Trailer! (Dikemaskini)

Sebuah syarikat yang popular dalam penghasilan siri permainan video Borderlands iaitu Gearbox Software telah membuat pengumuman siri baharu dalam episod Borderlands. Sebelum ini, syarikat tersebut sudah beberapa kali menghasilkan video acah (teaser) Borderlands 3 dan kali ini, satu lagi video acah telah dimuatnaik di dalam akaun Youtube rasmi Borderlands.

Borderlands 3 – Mask of Mayhem Trailer

Dalam video acah ini kita dipertontonkan pada saat pemulaan video dimana watak ‘Phycos’ sujud hormat pada seorang karekter yang memegang sebut senjata yang besar dan dibelakang watak ini berdiri patung seakan-akan bidadari yang sedang memancarkan simbol “V” (bagi peminat borderlands sudah tentu kenal simbol ikon vault borderlands yang terdapat dalam siri awal borderlands).

Dipertontonkan juga dalam video acah ini seekor naga, robot ninja, dan beberapa watak-watak lama dan baharu yang belum pernah kita saksikan dalam siri sebelum ini. Sebelum ini, pihak syarikat Gearbox telah memaklumkan siri Borderlands baharu sedang dalam proses pembikinan dan menambah bahawa ia tidak semestinya akan diberi nama Borderlands 3.

Bagaimana pun syarikat permainan video yang popular ini akan menunjukkan lebih banyak lagi info berkenaan siri permainan video Borderlands baharu ini seperti yang dimaklumkan di dalam akaun twitter mereka, pada 28 Mac 2019, 6.00 PM GMT. Sama-sama kita tunggu kemunculannya.

Kemaskini : Trailer Borderlands 3

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...