5 wayar penyambung yang diharamkan!

Kerajaan Hong Kong mengelurkan amaran ke atas 5 model wayar penyambung yang sering dijual di Malaysia.

Pengguna disarankan tidak menggunakan 5 wayar penyambung yang berpotensi menyebabkan kebakaran dan lintar pintas.

Jabatan perkhidmatan elektrik dan mekanikal Hong Kong telah mengeluarkan kenyataan pada rabu 10 April memaklumkan lima wayar penyambung tidak menepati piawai keselamatan, ini disebabkan fius dan wayar yang nipis yang boleh menyebabkan ia cepat panas, dan unit ini dijual di Malaysia mengikut standard Hong Kong.

Berikut adalah 5 model wayar penyambung yang perlu dielakkan.

Remax – Model : RU-S4
LDNIO – Model: SC3301
LDNIO – Model: SC3604
No Brand Name – Model: ZGN-T06
No Brand Name – Model: ZGN-T08

Pihak Jabatan perkhidmatan elektrik dan mekanikal Hong Kong menyarankan pelanggan untuk membeli wayar penyambung yang mematuhi British Standard (BS 1363) dan mempunyai ukuran wayar sekurang-kurangnya 1.25 milimeter persegi.

Rujukan pada label peralatan

sumber : laman kerajaan hongkong

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...