Cukai Digital: Menjana Ekonomi Negara Atau Bebankan Pengguna?

Tarif cukai sebanyak 6% atas perkhidmatan digital akan dikenakan kepada pengguna mulai 1 Januari 2020. Cukai perkhidmatan ini dikenakan terus kepada pengguna dan bukan ke atas pembekal perkhidmatan.

Penyedia perkhidmatan digital antaran bangsa pula akan mengenakan cukai 6 peratus bagi pihak kerajaan. Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang cukai perkhidmata (pindaan 2019) membuka jalan bagi penguatkuasaan cukai digital.

Belanjawan 2019 – Dibentangkan oleh Menteri Kewangan

Perkhidmatan digital merangkumi mana-mana perkhidmatan yang diberikan melalui internet atau rangkaian elektronik yang serupa, yang mana tidak boleh diperolehi tanpa penggunaan teknologi maklumat.

Contoh perkhidmatan digital adalah seperti langganan muzik dan video atas talian, langganan e-book, penggunaan platform e-marketplace, langganan sistem storan berasaskan perkomputeran awan (cloud computing) serta pembelian perisian komputer secara atas talian.

Pengguna Malaysia ditentukan berdasarkan kaedah pembayaran, alamat Internet Protocol (IP) atau nombor peranti mudah alih yang digunakan semasa pembelian/langganan perkhidmatan digital serta sama ada pengguna tersebut menetap di Malaysia.

Antara perkhidmatan yang bakal dikenakan cukai perkhidmatan adalah Netflix, Spotify, Steam, iflix.

Sumber : NST

Adakah cukai ini wajar dikenakan? Apa pendapat anda?

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...