Kenapa Nama Pelakon di Poster Tidak Ikut Turutan?

Perasan atau tidak poster filem yang dipaparkan di media seringkali mempunyai satu persamaan, iaitu nama pelakon tidak disusun mengikut susunan nama dari A-Z. Kenapa ya?

Hal ini bukan hanya berlaku di persana seni tempatan, malah ia secara keseluruhan dunia, nama pelakon di poster-poster filem ini disusun tidak mengikut turutan, malah ianya turut menjadi pertanyaan kepada perekabentuk poster. Contoh poster :

Filem Avengers End game
Filem Jumanji

Sumber portal Greig dan Quora, urutan nama ini ditentukan mengikut “billing order”. Kebiasaannya nama-nama yang diketengahkan adalah nama pelakon-pelakon utama yang terkenal iaitu barisan pelakon yang menerima bayaran dan mempunyai komisen yang tinggi di dalam filem tersebut disamping syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh penerbit.

Unsur-unsur pada sesuatu poster seperti susun atur gambar pelakon berkenaan dan susun atur lain juga ditentukan dengan cara yang sama. Pereka grafik dan mereka yang terlibat dalam pemasaran berusaha untuk memberi lebih banyak perhatian kepada pelakon-pelakon yang lebih besar namanya bagi menarik perhatian penonton untuk datang dan menonton filem.

Disebabkan itulah nama pelakon diletakkan tidak mengikut susunan A-Z. Kalau letak nama pelakon ikut abjad mesti tak menarik perhatian penontonkan? Lebih lagi sekiranya pelakon tersebut baru dan tidak dikenali umum.

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...