Michael Ang Sudah Setahun Peluk Islam

Pengarah dan penerbit popular yang sebelum ini popular selepas mengarahkan beberapa drama antaranya Suri Hati Mr. Pilot dan Kimchi Untuk Awak, Michael Ang telah mengesahkan dirinya sudah memeluk agama Islam. Menerusi laporan Astro Gempak, Michael Ang telahpun bergelar seorang Muslim lebih setahun yang lalu, sejak Februari 2018.

Micheal Ang telah memeluk agama Islam sejak Februari 2018

Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah.

Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah

Melalui muat naik imej tertera kalimah Allahuakbar atau Allah Maha Besar itu di akaun instagram beliau, beliau turut meminta para pengikutnya di media sosial supaya mendoakan kebaikkan untuknya.

Michael Ang turut berkongsi video eksklusif pengakuannya memeluk Islam yang boleh ditonton di Youtube Official Ria X. Setelah memeluk agama Islam, katanya pengarah dan penerbit ini masih mengekalkan nama asal iaitu Michael Ang Hai Swee.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini. Kata Michael Ang lagi, dia sudah bergelar Mualaf sejak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Diruangan komen akuan Instagram miliknya, ramai netizen meluahkan rasa gembira dan bersyukur di atas penghijrahannya itu. Malah ramai yang mendoakan agar Allah sentiasa memelihara hatinya dan kekal istiqomah. Michael Ang juga turut berkongsi pengalaman beliau mendapat petunjuk daripada Allah swt melalui mimpi.

Michael Ang juga turut berkongsi pengalaman beliau mendapat petunjuk daripada Allah swt melalui mimpi.

Dah Viral : Semoga Michael Ang istiqamah dan terus diberikan hidayah dari Allah swt. InsyaAllah!

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...