Pencuri mampu bawa lari kereta anda kurang dari 10 saat – PDRM

Petaling Jaya : Sekurang-kurangnya 60 saat diambil untuk penjenayah memecah sistem keselamatan kenderaan anda, benarkah? Mungkin tidak lagi, dengan hanya mengambil masa kurang daripada 10 saat sahaja, penjenayah mampu melumpuhkan sistem keselamatan kenderaan anda dengan mengunakan bantuan teknologi canggih seperti alat penyalin frekuensi dan alat pengganggu isyarat.

“Pencuri tidak lagi menggunakan cara manual seperti kunci pendua dan membuat potongan wayar bagi mencuri kenderaan tersebut” SAC Khairuldin Saad.

Selain daripada itu, penjenayah juga menggunakan alat pengganggu isyarat GPS untuk mengelakkan kenderaan dikesan selepas dicuri. Tambahan, gajet yang digunakan amat mudah diperolehi daripada pembelian secara dalam talian.

Pencuri menerima ganjaran RM 5000 – RM 7000 bagi kenderaan jenis Toyota Vellfire

Sebagai contoh, sebuah kenderaan Toyota Vellfire yang berjaya dicuri akan diberikan bayaran sebanyak RM 5000 – RM 7000 sebagai ganjaran dan bayaran ini dibuat secara atas talian menyebabkan dalang kegiatan ini sukar dikesan.

SAC Khairuldin turun menyarankan agar masyarakat untuk kembali menggunakan mekanisme tradisional seperti kunci pedal, brek dan stereng bagi menyukarkan lagi kenderaan daripada dicuri.

Sumber : The Star

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...