Rakaman rahsia Avengers:Endgame dimuat-naik oleh ‘Star-Lord’

Siapa yang tidak mengenali watak keras kepala dan gila-gila Star-Lord yang dimainkan oleh Chris Pratt, baru-baru ini, beliau telah memuat naik beberapa rakaman ‘behind the scene’ filem yang sedang hangat diperkatakan ‘Avengers:Endgame’ yang tidak pernah dipertontonkan oleh mana-mana media termasuk dari pihak Marvel sendiri.

Dalam rakaman berdurasi kurang daripada seminit ini, kita dapat melihat beberapa watak utama Avengers:Endgame seperti Iron Man, Captain America, Thor, Doctor Strange, Winter Soldier, Black Panther, Mantis dan lain-lain sewaktu di dalam set pengambaran. Menerusi rakaman video ini juga membuktikan bahawa mereka perlu berlakon, “berperang” dan bukan semata-mata melalui ‘Computer-generated imagery’ CGI.

Dalam video di atas kita dapat lihat mereka (Captain America) cukup santai dan gembira ketika dalam set. Walau bagaimanapun, ‘kedegilan’ dan sikap keras kepala pemain watak ‘Star-Lord’ ini sebenarnya memberi manfaat kepada peminat-peminat untuk melihat ‘behind the scene’ yang jarang kita lihat. Betul tak?

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...