Tips Memilih Produk Hada Labo

Contents

Seperti yang anda sedia maklum, HadaLabo berasal dari Jepun tetapi kebanyakan produk HL yang ada di pasaran tanahair kita adalah made in China. Formulation ini agak lain sedikit dari original HL Jepun tetapi ada juga produk yang memang direct made in Japan. Anda tidak perlu khuatir kerana HL yang dijual masih di bawah syarikat Rohto-Mentholatum, katanya masih mengggunakan bahan yang diimport dari Jepun.

HL mempunyai 3 range:

  1. Gokujyun – Packaging berwarna putih. Moisturising, selalunya mengandungi banyak jenis Hyaluronic Acid.
  2. Shirojyun – Packaging berwarna biru. Khas untuk mencerahkan kulit muka serta efek Brightening, mengandungi Arbutin, Vitamin C serta Hyaluronic Acid untuk menghidrat dan ia juga mengandungi botanical extract. Ia membantu untuk mengurangkan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh sinaran UV.
  3. Gokujyun Alpha dengan Super Hyaluronic Acid – Packaging berwarna merah. Untuk Lifting & Firming – Anti-aging, mengandungi Retinol dan Collagen. Meningkatkan keanjalan kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih berseri.

You may also like...