Ashraf Sinclair meninggal dunia (pelakon, peragawan dan pengacara)

Ashraf Daniel Mohamad Sinclair (lahir 8 September 1979) ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu.

Ashraf Daniel Mohamad Sinclair merupakan suami Bunga Citra Lestari dikabarkan meninggal dunia pagi ini 18 Februari sekitar jam 4.00 opagi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan.

Pemergian Ashraf yang merupakan pelakon kelahiran Malaysia disahkan oleh pengurus BCL, Doddy.

Menurut Doddy, Ashraf mengalami serangan jantung sebelum rebah.

“Serangan jantung,” ucapnya lagi.

Suami kepada penyanyi, Bunga Citra Lestari itu disahkan menghembuskan nafas terakhir hari ini melalui pesanan aplikasi WhatsApp oleh pengurus penyanyi itu kepada portal Kompas.com.

BCL, 36, dan Ashraf, 40, berkahwin pada November 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki (Noah) berusia sembilan tahun yang dilahirkan pada 22 September 2010.

Takziah diucapkan kepada keluarga Ashraf. Al-fatihah.

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...