Ayam Kukus Chinese / Ayam Kukus Cina

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil (macam buat nasi ayam )
2 inci halia dihiris nipis
5 batang daun bawang dipotong panjang
Garam secukup rasa

Bahan untuk perap:

3 sdb kicap cair
2 sdt minyak bijan
1 sdt lada serbuk hitam
Garam secukup rasa.
Gaul semua bahan dan perap ayam lebih kurang 1 jam

Cara Penyediaan:

Panaskan kukusan. Susun ayam atas pinggan kukusan. Taburkan halia dan daun bawang. Kukus sehingga empuk. Sedia untuk dihidang.

You may also like...