10+ Destinasi Menarik di Langkawi 2020

Pulau dan pantainya yang memukau menjadikan Langkawi lokasi percutian terkenal bukan sahaja di dalam negara, malah kepada pelancong asing. Aktiviti menaiki bot dari satu pulau ke pulau yang lain seringkali menjadi kewajipan pengunjung.

Di sini kami sertakan senarai 10 tempat menarik di Langkawi berserta dengan sedikit maklumat berkaitan Tempat, Harga Tiket, dan Waktu Operasi bagi memudahkan anda merancang percutian anda ke Pulau Langkawi.

1. Air Terjun Telaga Tujuh

Jika anda dan keluarga sukakan cabaran, cubalah mendaki kira-kira 600 anak tangga sebelum sampai ke lokasi unik yang terkenal di kalangan pelancong asing ini.

Anda boleh ke puncak dengan menaiki anak-anak tangga yang disediakan dan ia mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak. Laluannya mungkin agak sukar bagi sesetengah individu yang baru atau tidak biasa dengan cabaran seperti ini.

Ia digelar Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Dari telaga ini juga ada laluan bagi aktiviti merentas hutan.

๐Ÿ“Œ Alamatโฒ๏ธ Waktu Operasi๐Ÿ’ฐ Harga Tiket
Alamat : Gunung Mat Cincang , 1km dari Oriental Village | Tel : +604 966 7789
Waktu Operasi : Setiap Hari
Harga : Percuma

2. Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise

Taman burung langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002. Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung yang berlainan.

Bagi kanak-kanak yang masih bersekolah rendah mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Pada waktu usia sebegini, destinasi menarik di Langkawi seperti Langkawi Wildlife Park adalah tempat lawatan yang sangat ideal untuk meningkat ilmu pengetahuan kanak-kanak dengan aktiviti sentuhan, interaksi & bukannya sekadar membaca buku di perpustakaan sahaja.

Langkawi Wildlife Park merupakan tarikan pelancongan yang berkonsepkan taman haiwan atau zoo & dahulunya dikenali sebagai Langkawi Bird Paradise ( Taman Burung Langkawi). Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter.

Sejak penambahan variasi spesis haiwan seperti reptilia, mamalia & ikan, maka ianya dinamakan Langkawi Wildlife Park pada tahun 2006 seiring dengan pembaharuan konsep tarikan. Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat haiwan di dalam sangkar hanya dari jauh sahaja, malah berpeluang untuk merasai pengalaman memberi makan & memegang beberapa spesis haiwan jinak.

Pengalaman sebegini pasti akan memberikan anak-anak satu penerapan ilmu yang baru dalam memperkasakan pengetahuan am di dalam dada. Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia.

Jika anda memandu Ia mengambil 10 minit dari Pekan Kuah.

๐Ÿ“Œ Alamatโฒ๏ธ Waktu Operasi๐Ÿ’ฐ Harga Tiket
Alamat: Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah | Tel: +604 966 5855 | Email:
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am โ€“ 6.00 pm)
Harga Tiket (Berserta Mykad):

  • Dewasa RM24
  • Kanak-kanak (3 โ€“ 12 Tahun) RM16
  • Warga Emas (55 Tahun & Keatas) RM16

3. Buffalo Park

Dibuka pada tahun 2006, Buffalo Park merupakan sebuah tarikan yang wajib dilawati sewaktu bercuti ke Langkawi bagi anda yang merindukan keindahan pemandangan penuh kehijauan sawah padi dan pergunungan. Menyaksikan hijau hamparan padi dengan kira-kira 100 ekor kerbau, pasti satu pengalaman menarik kepada mereka yang jarang atau tidak pernah menyaksikannya sebelum ini.

Di sini jugalah anda boleh mendapatkan keju Mozarella yang diperbuat daripada susu kerbau selain yogurt dan aiskrim pelbagai perisa, segar dari ladang. Terdapat juga aktiviti menunggang kerbau serta kafe yang menyajikan hidangan termasuk daging kerbau. Semua produk dihasilkan secara segar dari ladang ini sendiri!

Di samping membeli-belah hasil tenusu kerbau yang segar, anda sekeluarga juga boleh melakukan banyak aktiviti menarik yang ditawarkan di sini seperti memberi kerbau makan dan memerah susu kerbau. Anda juga boleh melihat bagaimana keju mozzarella ini dihasilkan.

Destinasi menarik sebegini, sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak atau pelajar sekolah kunjungi kerana banyak pengisian ilmunya. Harga tiket masuk pun murah, makanan juga unik & sedap, memang kombinasi terbaik. Jika anda mencari tempat menarik di Pulau Langkawi yang unik & tiada di kawasan bandar, Buffalo Park adalah salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi.

๐Ÿ“Œ Alamatโฒ๏ธ Waktu Operasi๐Ÿ’ฐ Harga Tiket
Alamat: Jalan Nyior Chabang, Kampung Nyior Cabang, Langkawi 07100
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am โ€“ 5.00pm)
Bayaran:
Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1

4. Galeria Perdana

Sumbangan Perdana Menteri ke-4 Malaysia ini bukanlah sedikit. Maka, anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara oleh Tun Dr Mahathir diabadikan di muzium ini di mana kita dapat melihat kesenian dan kebudayaan yang tercetak pada pemberian tersebut.

Galeri yang dibuka pada tahun 1995 ini terletak di dalam kawasan perkampungan Kilim dengan keluasan 5.3 km persegi. Sebaik sampai di sini anda akan disambut dengan keindahan lanskap di luar galeri yang ditumbuhi dengan pokok-pokok menghijau termasuklah tumbuhan herba.

Untuk pengetahuan anda, muzium ini mempamerkan dalam sekitar 2000 daripada 9000 koleksi pada satu-satu masa yang ditukar dari masa ke masa. Jadi, kalau anda datang ke sini pada waktu yang berbeza, anda mungkin dapat melihat koleksi yang lain daripada sebelumnya.

Pameran di dalam galeri ini terbahagi kepada 3 bahagian. Masa yang diambil untuk habis melihat setiap koleksi di sini adalah dalam sekitar 2 jam.

๐Ÿ“Œ Alamatโฒ๏ธ Waktu Operasi๐Ÿ’ฐ Harga Tiket
Alamat: Jalan Ayer Hangat, Mukim Kilim, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am โ€“ 5.30pm) | Cuti Sekolah & Cuti Umum (8.30am โ€“ 6.00pm)
Bayaran:
Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

5. Panorama Langkawi SkyCab @ Langkawi Cable Car

Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi.

Terletak dari ketinggian 709m di atas paras laut, anda sekeluarga akan menyaksikan panorama indah hutan, gunung dan pulau sekitarnya. Kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.

Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit.

Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut.

Anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.

Kereta Kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kable yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.

Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain termasuk SkyRex, SkyDome, SkyBridge, SkyTrail dan SkyGlide. Jadi, anda bukan sahaja melakukan satu aktiviti di sini tetapi lebih 6 aktiviti dalam satu tempat!

Dinasihati anda semak jadual penyelengaraan Cable Car di laman web rasmi panoramalangkawi.com sebelum datang.

๐Ÿ“Œ Alamatโฒ๏ธ Waktu Operasi๐Ÿ’ฐ Harga Tiket
Alamat: Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi | Tel: +60 4-959 4225
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30 am โ€“ 7.00 pm)
Harga Tiket (Berserta Mykad):

  • Dewasa RM40
  • Kanak-kanak RM30

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...