Resepi Ayam Phat Phet

Bahan A (Bahan Kisar):

5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B:

3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto (boleh diganti dengan gula)

Cara Penyediaan:

– Kisar bahan A dan tumis sehingga naik bau dan setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air.
– Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, ayam,asam keping, daun limau purut dan gula serta garam.
– Pastikan ayam masak sepenuhnya. Jika kurang berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.

*Kalau nak pedas lagi boleh kisar lebih cili padi.

Ayam Phat Phet



You may also like...