Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri!

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Difahamkan juga Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, usaha wartawan menyemak kesahihan dakwaan itu melalui pelbagai sumber, termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO), hanya mendapat balasan “tunggu kenyataan media”.

Pemimpin-pemimpin kanan bersatu sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Sumber : Malaysiakini, Sinar Harian, Astro

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...