Resepi Asam Pedas Melaka

Bahan- Bahan

● 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
● 3 biji bawang merah
● 1 biji bawang putih
● 2 cm halia
● 1 mangkuk cili kering kisar
● 3 cm belacan
● 2 cm kunyit hidup
● 1 sudu besar lada hitam (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit dan lada dikisar sekali)
● 3 batang serai – dititik
● 1 sudu teh halba
● daun kesum + bunga kantan
● bendi / terung
● air asam jawa
● garam + gula
● Minyak

Cara-cara :

  • Panaskan minyak
  • Masukkan halba, sehingga nampak kekuningan kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama serai.
  • Masak sehingga bahan yang dikisar kelihatan garing / pecah minyak.
  • Masukkan gula mengikut citarasa
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Masukkan ikan
  • Masukkan air asam jawa mengikut citarasa, kacau sekata.
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Kemudian akhir sekali masukkan bendi atau terung, tunggu sehingga mendidih.

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...