Resepi Daging Bulgogi (Korean)

Bahan-bahan:

350gm daging | dihiris nipis
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
1 sudu besar madu
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar bijan | disangai
1 pokok daun bawang | dipotong halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk perasa

Cara-cara:

  • Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan.
  • Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.
  • Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.
  • Balik-balikkan daging biar masak sekata.
  • Biarkan sehingga sos perapan mengering.
  • Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...