Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan-bahan:

1/2 kg daging lembu – rebus empuk
2 ulas bawang putih – ketuk
1 labu bawang besar – hiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Kacang panjang – jika suka
Daun sup/daun bawang
1 biji cili capsicum
1 cili merah

Cara-cara:

  • Rebus daging hingga empuk. Letak sedikit pewarna merah (pewarna makanan) sekiranya ingin daging nampak kemerahan
  • Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling.
  • Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  • Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...