Review Produk Kecantikan Popular, Freeman Mask!

Ha korang mesti biasa dengar atau pernah pakai mask freeman ni kan? Tapi korang tahu tak manfaat penggunaan untuk setiap jenis mask freeman ni? Mask ni mudah didapati di farmasi seperti Watson, Guardian dan lain-lain farmasi yang terdapat di Malaysia.  Untuk mask Freeman ni korang perlu memerhatikan penggunaannya dengan betul. Kalau korang mengalami masalah kulit berjerawat, sensitif atau radang hindari dari menggunakan scrub yang kandungannya boleh membuatkan kulit korang menjadi lebih teruk. Mask ini terdapat dalam pelbagai variasi antaranya jenis clay mask, peel-off mask, sheet mask, water gel mask dan sebagainya.

Korang boleh menggunakan mask ini sebanyak 1 – 2 kali seminggu mengikut kesesuaian kulit muka korang.

Clay Mask

Purifying Avocado & Oatmeal Clay Mask

Fungsi utama : Melembapkan sekaligus menghilangkan minyak

Buah avocado yang kaya dengan vitamin E digabungkan dengan oatmeal membuatkan mask ini mampu memberikan nutrisi serta melembapkan kulit dan menjaga kelembapan kulit agar ianya bertahan lebih lama. Kandungan clay di dalam mask ini membantu menyerap minyak serta membersihkan kotoran dari dalam pori-pori menjadikan kulit anda lebih segar.

  • Sesuai untuk yang mempunyai kulit jenis normal ke kombinasi.
Mint & Lemon Clay Mask

Fungsi utama : Mengatasi kulit berminyak dan berjerawat

Mask dengan kombinasi Mint  dan Lemon Clay Mask ini dapat membantu menyerap minyak berlebihan sekaligus mengawal pengeluaran minyak dan jerawat dari terjadi. Selain itu, kandungan rich bentonite dan kaolin clays ini dapat mengecilkan pori serta dapat menyejuk serta menyegarkan muka dan dapat meredakan inflamasi dari terjadi.

  • Sesuai untuk kulit berminyak 
Dead Sea Minerals Anti-Stress Mask

Fungsi utama : Mengatasi kulit kusam dengan lebih optimal

Pernah tak anda terasa wajah anda seperti sangat kusam akibat terkena pancaran matahari,debu dan pencemaran? Itu bermaksud kulit anda mengalami stress! Mask ini diperkaya dengan mineral dead sea. Kandungan ini dapat membantu melembabkanserta mengimbangi kelembapan kulit sekaligus membersihkan pori yang tersumbat. Kandungan lavender dan bergamot ini juga dapat menghaluskan serta membuat wajah anda lebih bercahaya.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
Rejuvenating Cucumber + Pink Salt Clay Mask

Fungsi utama : Membersihkan kulit dengan lebih mendalam

Debu, makeup, dan pencemaran dapat membuatkan kulit tampak tidak bermaya dan tidak bercahaya. Dengan adanya ekstrak timun yang terdapat dalam mask ini dapat menenangkan serta mengunci kelembapan kulit dan membantu menyejukkan kulit manakala pink salt Himalayan ini pula dapat detox dan membersihkan kulit secara mendalam membuatkan kulit anda terasa lebih segar.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

Peel-off Mask

Renewing Cucumber Peel-off Gel Mask

Fungsi utama : Membuat kulit kusam menjadi lebih cerah

Mask ini diperkaya dengan kombinasi timun dan juga aloe vera. Produk ini menjadikan kulit anda terasa dingin dan segar. Mask ini juga bertindak sebagai peeling gel, dapat menghilangkan kotoran yang boleh menyebabkan wajah menjadi kusam dan juga kasar. Kandungan timun dan lidah buaya yang terdapat di dalamnya akan melembapkan kulit serta menenangkan kulit sehingga kulit jadi lebih halus, lembut serta sihat.

  • Sesuai untuk yang mempunyai kulit jenis normal ke kombinasi.
Clearing Sweet Tea & Lemon Peel-off Clay Mask

Fungsi utama : Melawan radikal bebas

Mask ini diperkaya dengan anti-oksidan sehingga mampu membantu kulit untuk melawan radikal bebas serta menjadikan kulit tampak menjadi lebih bersih dan bercahaya. Selain itu, mask ini juga diperkaya dengan lemon yang membantu membersihkan kotoran yang menempel di kulit dan membuatkan kulit tampak lebih berseri.

  • Sesuai untuk yang mempunyai kulit jenis normal ke kombinasi.
Revitalizing Pomegranate Peel-Off Gel Mask

Fungsi utama : Membersihkan & memberi nutrisi ekstra

Ekstrak buah delima yang kaya dengan anti-oksidan ini akan melindungi kulit anda dari radikal bebas. Selain itu, mask ini juga mampu mengeluarkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut sehinggakan membuatkan kulit anda terasa lembut dan bersih tanpa membuatkan kulit anda menjadi kering. Sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit kering, kusam dan mengalami tanda penuaan. Mask ini juga mempunyai kandungan daripada ekstrak buah delima, acai, manga, goji berry, cranberry, manggis, noni, dan blueberry. Kombinasi 8 bahan ini adalah sangat bagus untuk memperbaiki kulit yang mulai kehilangan keanjalan. Dapat membersihkan kulit dengan lebih efektif dan membuatkan kulit anda tampak lebih bersih.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

Gel Mask

Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask

Fungsi utama : Melembapkan dan menyegarkan kulit

Manfaat kaktus yang terdapat dalam mask ini adalah menghidrasi serta melembabkan kulit agar ianya tahan lama dan kekenyalan kulit juga akan terjaga. Selain manfaat dari kaktus, kandungan cloudberry juga kaya dengan omega dan vitamin C agar kulit tampak lebih cerah dan berseri.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
Hydrating Glacier Water + Pink Peony Gel Cream Mask

Fungsi utama : Mengatasi kulit kering

Mask ini diperkaya dengan ekstrak glacier water yang dapat memberi rasa sensasi dingin pada kulit dan pink peony yang fungsinya adalah untuk menenangkan serta melembabkan kulit yang kering. Kalau anda sering melakukan aktiviti diluar, inilah mask yang bersesuaian dengan anda. Selain untuk mengatasi kulit kering, mask ini juga mempunyai fungsi anti-pencemaran yang berfungsi untuk melindungai kulit anda daripada radikal bebas. Uniknya mengenai mask ini ianya jenis leave on mask iaitu anda tidak perlu bilas selepas menggunakannya.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
Polishing Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub

Fungsi utama : Membuat kulit lebih bersih

Mask ini boleh menjadi pilihan anda jika anda ingin melakukan detox tanpa perlu khuatir kulit akan terasa kering. Kandungan activated charcoal di dalam gel mask ini dapat membantu mengeluarkan kotoran dengan menyerap minyak serta membersihkan dari dalam kulit sekaligus mengeksfoliasi sel-sel kulit mati yang membuat wajah anda terlihat kusam dan tidak bermaya. Kandungan black sugar dan scrub di dalamnya membantu melembapkan dan mengeksfoliasi sel kulit mati sehingga kulit menjadi lebih lembut.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

Sheet Mask

Pore Cleansing Strawberry + Mint Sheet Mask

Fungsi utama : Membuat wajah menjadi lebih segar dan bersih

Kandungan strawberry yang terdapat dalam mask jenis ini mampu membersihkan liang pori kulit dari sel-sel kulit mati, debu dan kotoran lain. Manakala mint pula dapat mengawal minyak dan membuatkan kulit tampak lebih segar, bersih bercahaya.

  • Sesuai untuk kulit normal ke kombinasi.
Brightening Seaweed + Pearl Sheet Mask

Fungsi utama : memberi nutrisi dan membuat wajah semakin glowing

Ingin kulit wajahmu semakin bersinar? Cubalah Brightening Seaweed + Pearl Sheet Mask ini. Mask jenis ini terdapat serum yang dapat meminimalkan noda-noda hitam yang terdapat dikulit dan membuat warna kulit anda menjadi lebih sekata. Kandungan seaweed dapat membersih, memberi nutrisi dan bertindak sebagai anti-oksidan serta mampu melembabkan kulit. Manakala Mutiara pula dapat mencerahkan kulit dan membuatkan kulit anda tampak lbeih bersinar dari biasa.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
Detoxifying Charcoal + Sea Salt Sheet Mask

Fungsi utama : Memberikan kesegaran pada wajah

Kembalikan kesegaran kulit dengan mask yang mempunyai serum yang berfungsi untuk melembapkan dan melindungi kulit dari pelbagai pencemaran. Kandungan arang pada produk ini dapat membantu mengeluarkan minyak serta membersihkan kulit wajah tanpa membuatkan kulit menjadi kering. Mask ini juga mengandungi garam laut yang berfungsi untuk membuang kotoron dan menjadikan kulit anda lebih bersih dan licin.

  • Sesuai untuk kulit jenis normal hinga kombinasi.

You may also like...