Popular, Genshin Impact Game Percuma Dah Viral!

Genshin Impact merupakan sebuah game open-world single-player percuma yang dibangunkan oleh syarikat China (miHoYo). Game yang dibangunkan studio miHoYo ini dilaporkan sebagai sebuah game yang paling berjaya dalam sejarah pembangun game di China. Ia juga dikatakan telah dimuat-turun sebanyak 23 juta di iOS dan Android pada minggu pertama sahaja, belum termasuk jumlah pemain yang dimainkan di PC dan PS4.

Menurut PC Gamer pula, kos untuk membangunkan game ini ialah sebanyak USD100 juta (lebih kurang RM 414,800,000) dan yang lebih menarik, miHoYo telah berjaya memulangkan modal mereka dalam hanya dua minggu sahaja!

Genshin Impact boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, iOS dan Android. Selain boleh dimainkan pada pelbagai platform, data dan rekod permainan secara automatis akan disimpan pada server. Ini membolehkan pemain memainkan Genshin Impact dimana-mana platform secara berterusan tanpa risau perjalanan permainan.

Penceritaan permainan ini mengambil tempat dimana ianya dinamakan Teyvat, dunia fantasi yang mempunyai 7 elemen yang mengalir dan berkumpul. Dahulunya, Archons memberi manusia keupayaan berunsur unik. Dengan bantuan kuasa tersebut, orang-orang membentuk kawasan dari alam semesta. Bagaimanapun, 500 tahun yang lalu, kejatuhan tamadun purba mengubah alam semesta hingga menjadi tunggang terbalik! Walaupun malapetaka dunia menderita telah berhenti, keamanan masih belum dipulihkan. Jadi bermulaah kisah Genshin Impact!

Antara faktor permainan Genshin Impact berjaya menarik peminat ramai pemain adalah kerana faktor :

1. Percuma untuk dimainkan di semua platform!

Ya, ianya percuma untuk dimuat turun dan dimainkan di semua platform. Untuk pemain PC, ia boleh dimuat turun di laman web rasminya. Pemain PS4 pula boleh muat turun melalui PlayStation Store. Pengguna Android boleh mendapatkannya di Google Play Store dan pengguna iOS pula di Apple App Store.

Walaupun permainan ini percuma, ia mempunyai kualiti yang boleh dikatakan hampir sama dengan permainan yang perlu dibeli atau dibayar langganan. Kualiti grafik, lakonan suara, dan permainan Genshin Impact memang jauh lebih hebat berbanding banyak permainan percuma di luar sana. Walaubagaimana pun, terdapat elemen pembelian yang tidak menganggu keseronokkan permainan Genshin Impact.

2. Tiada elemen pay-to-win

Walaupun terdapat mikrotransaksi untuk membeli matawang yang boleh digunakan untuk membeli watak-watak dan menambahbaik senjata dan aksesori di dalam permainan, pemain tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk menikmati permainan ini sepenuhnya. Ramai pemain Genshin Impact menyatakan sistem mikrotransaksi ini lebih menjurus ke arah “pay-to-waifu” yang bermaksud ia hanya penting kepada mereka yang obses dengan rekaan watak-watak anime dalam permainan ini.

3. Sistem pertarungan yang penuh aksi

Antara ciri istimewa Genshin Impact ialah ia membenarkan anda untuk menukar antara empat watak-watak berbeza ketika bertarung. Ini membenarkan anda untuk melakukan kombo-kombo yang menarik dan juga menggunakan gabungan kuasa elemen-elemen.

Pembelajaran cara pertarungan tidak mengambil masa yang lama kerana ia amat mudah. Serangan dan penggunaan kemahiran senang dilakukan tidak kira anda bermain di PC, PS4, atau peranti mudah alih. Setiap watak mempunyai cara kawalan tersendiri mengikut senjata dan kebolehan mereka. Ada yang menggunakan senjata jarak dekat seperti pedang dan tombak dan senjata jarak jauh seperti busur dan anak panah.

4. Sistem multiplayer co-op

Genshin Impact boleh dimain secara berseorangan tetapi ia juga menawarkan co-op di mana anda boleh bermain bersama tiga orang rakan-rakan lain. Anda boleh meneroka dunia terbuka besar dan menewaskan raksasa secara berkumpulan. Misi-misi utama yang meneruskan jalan cerita tidak boleh dilakukan dalam co-op tetapi anda boleh melakukan pertarungan cabaran dan berlawan dengan musuh boss.

Penulis sekali lagi menggalakkan anda untuk mencuba permainan ini kerana ia adalah percuma dan sangat menyeronokkan. Lagipun, anda boleh bermain bersama rakan-rakan anda.

5. Kualiti grafik yang menerujakan!

Terpesona dengan kualiti grafik Genshin Impact yang seakan-akan “The Legend of Zelda: Breath of the Wild”. Semua watak-watak dalam permainan ini mempunyai rekaan anime yang comel dan persekitaran pula dicorak menggunakan teknologi cel-shading, membuatkan dunia terbuka dalam permainan ini nampak sangat cantik dan berwarna-warni.

Paparan grafik percikan api, letupan, kilat, dan lain-lain turut diserlahkan melalui kualiti grafik yang mempertunjukkan kualiti tekstur dan kesan khas tinggi, tidak kiralah samada dimainkan di Komputer, Playstation mahupun telefon bimbit (iOS dan Android)

6. Tetapan suara yang pelbagai

Walaupun Genshin Impact ini dibangunkan oleh studio dari China, namun ianya tersedia dengan empat tetapan bahasa, dimana bahasa yang ditetapkan pada awal instalasi adalah bahasa Inggeris, pemain boleh mengubah mengikut citarasa. Antara bahasa yang boleh dipilih sebagai tetapan suara adalah Bahasa Jepun, Bahasa Cina, dan Bahasa korea. Kami di Dah Viral lebih suka tetapan bahasa Jepun disebabkan intonasi suara bercirikan ‘Anime’.

Selain dari itu, bagi membantu pemain, terdapat beberapa laman sesawang yang menyediakan peta yang dapat membantu pemain dalam menyelesaikan misi. Berikut kami sediakan beberapa laman sesawang yang mungkin dapat membantu anda.

Peta :

mapgenie.io

appsample.com

thezion.github.io

Wiki :

fandom.com

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...