Jom semak berapa perbelanjaan anda di Shopee!

Ramai yang tertanya-tanya berapakah wang yang mereka telah keluarkan di dalam platform perniagaan online iaitu Shopee. Namun untuk membuat kiraan secara satu persatu memakan masa dan tidak mudah. Lebih-lebih lagi sekiranya terlalu banyak barangan telah dibelanjakan pada tahun-tahun sebelum ini.

Maka dengan memahami kesulitan yang dihadapi oleh pembeli-pembeli, kami menemukan kaedah yang mudah untuk mendapatkan jumlah perbelanjaan anda di Shopee tanpa memeningkan kepala dan membazirkan masa.

  1. Login akaun Shopee anda melalui pelayan komputer. Boleh guna pelayar seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.
  2. Salin kesemua kod di bawah ini:

3. Kemudian klik kanan, pilih Inspect element.

4. Pergi dan klik ke bahagian Console Tab. Paste kod di atas pada ruangan yang disediakan dan tekan Enter.

5. Maka jumlah perbelanjaan anda akan dipaparkan pada bahagian bawah selepas selesai proses.

Jika tidak menjadi, kod dari penulis asal boleh di dapatkan di sini.

Selamat mencuba!

Sumber: Github

DahViral!

Berperanan sebagai ketua editor dan teknikal pasukan dah viral.

You may also like...