10+ Destinasi Menarik di Langkawi 2020
6. Langkawi Mangrove Tour
Langkawi Mangrove Tour dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman menyelami alam sekitar yang cukup mengujakan. Di mana dengan menyertai lawatan ini, anda dapat menerokai kepelbagaian flora dan fauna yang ditawarkan hutan paya bakau Langkawi.
Telusuri sungai dengan bot sambil menyaksikan keindahan flora dan fauna di kawasan berkeluasan 100 km persegi. Anda juga dibawa ke lokasi-lokasi lain seperti Gua Kelawar, ladang ikan, Gua Buaya, memberi makan kepada helang, dan sebagainya mengikut pakej.
Perjalanan yang anda tempuhi akan melalui kawasan-kawasan seperti sungai yang mengalir tenang, pantai-pantai berpasir putih, pembentukan unik batu-batu kapur dan banyak lagi.
RM850 (Max 8 Orang / 9 Jam)
7. Taman Agroteknologi Mardi
Berkeluasan 27.39 hektar, Taman Agroteknologi Mardi menawarkan anda sekeluarga pengalaman yang penuh manfaat kerana di sini anda sekeluarga dapat mempelajari banyak perkara berkaitan teknologi-teknologi yang digunakan dalam menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia.
Anda dapat melihat lebih daripada 20 jenis pokok buah-buahan seperti buah nanas, buah cempedak, buah belimbing, buah mangga dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, tumbuhan herba juga boleh didapati di sini. Kesemua jenis tumbuhan yang dihasilkan di sini dapat dilihat tanpa perlu mengeluarkan peluh kerana anda akan dibawa meneroka dengan menaiki pengangkutan yang disediakan.
Makan buah-buahan secara percuma dan menyewa tapak perkhemahan bersama keluarga adalah aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Ada lebih 20 jenis pokok buah-buahan tempatan termasuk pulasan, buah naga dan belimbing.
Yang bestnya, setelah puas melihat kesemua ladang yang terdapat di sini, anda akan dibawa untuk bersantai di sebuah perhentian untuk menikmati pelbagai jenis buah tempatan yang terhasil mengikut musimnya. Nak tahu apa lagi yang best? Anda boleh menikmati semua ini secara percuma! Sekiranya anda bercadang untuk ke sini,datanglah ketika musim buah yang tak lain tak bukan dari bulan Mei sampai Julai.
Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5
8. Underwater World Langkawi
Akuarium terbesar di Malaysia ini (60,000 kaki persegi) memuatkan lebih 500 spesis haiwan laut termasuk Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima Amazon gergasi. Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang.
Tarikan juga meliputi terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda sepanjang 15m, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan pendidikan.
Waktu Makan Haiwan Setiap Hari:
- African Penguin (11.00 am โ 2.45 pm)
- Rockhopper Penguin (11.15 am โ 3.00 pm)
- Seal (Sabtu โ Khamis 2.30 pm, Jumaat 4.00pm)
- Tunnel Tank (3.30 pm)
Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5
9. Muzium 3D Langkawi (Art in Paradise Langkawi)
Muzium 3D Langkawi adalah salah sebuah tarikan yang terletak di Oriental Village. Muzium ini bertempat di dalam sebuah bangunan 3 tingkat yang mempamerkan bukan sedikit tapi 200 buah lukisan 3D! Ingin lagi sebab kenapa anda perlu melawat muzium ini? Kalau anda nak tahu, muzium ini memiliki koleksi lukisan 3D yang terbesar di negara ini dan antara yang terbesar di dunia!
Bawa keluarga anda merasai permainan ilusi optik menerusi lukisan dan mural 3D. Pastikan kapasiti kamera anda cukup besar untuk merekodkan pengalaman di muzium 3D kedua terbesar dunia ini.
Muzium ini terbahagi kepada 9 zon berbeza iaitu Zon Interaktif 1 dan 2, Zon Malaysia, Zon Akuarium, Zon Klasik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari dan Zon Ilusi Optik.
Masa yang diambil untuk habis bergambar dengan sepuas hati semua karya realistik di sini adalah antara 3 ke 4 jam. Jadi, yang wanita, pastikan mekap anda tak cair walaupun dah berpeluh!
Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM20
10. Pulau Payar Marine Park
Ia adalah lokasi snorkelling dan menyelam yang terkenal. Hidupan laut termasuk batu karang yang cantik dijaga dengan baik bagi mengekalkan kewujudannya.
Pulau Payar Marine Park adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh sesiapa namun ianya menjadi destinasi tarikan pelancong yang datang dari serata dunia untuk aktiviti jungle trekking, memerhati burung, menyelam skuba dan snorkeling. Walaupun tiada penempatan di sini, pihak pengurusan tetap menyediakan meja perkelahan, alatan BBQ, gazebo dan tandas sebagai kemudahan kepada pengunjung.
Kalau anda ingin melihat ikan-ikan berenang dengan banyak dan bebas seperti di dalam akuarium di sekitar anda, inilah lokasinya. Nak tahu kenapa banyak sangat hidupan marin dekat sini? Sebabnya adalah kerana ia merupakan salah satu pulau yang termasuk di dalam Taman Marin yang mana aktiviti perikanan adalah dilarang sama sekali.
Selain ikan-ikan, hidupan eksotik lain juga dapat dinikmati keindahannya seperti batu-batu karang yang penuh warna-warni.
Untuk pengetahuan anda, pulau ini memiliki 4 buah kawasan pantai berbeza yang boleh anda pilih sebagai lokasi penerokaan dunia bawah air. Kesemua pantai ini cukup tenang untuk anda berseronok bersama keluarga tanpa risau.
Bagi anda yang ingin menikmati keindahan pulau ini lebih daripada sehari, anda perlu mendapatkan kebenaran untuk berkhemah di sini daripada pihak berkuasa.
RM 120 – RM 200