J&T Express Peram Barang Berminggu-minggu? Netizen Panas Hati! Ini sebabnya…
Sebuah syarikat pengiriman barangan dan pengeposan yang terkenal J&T Express dilaporkan menyimpan barangan pelanggan lebih daripada seminggu. Ini menyebabkan pelanggan berang dengan perkhidmatan pengeposan. Rata-rata menyatakan rasa ketidakpuasan hati dan pelbagai lontaran pertanyaan diajukan melalui laman sosial J&T Express Malaysia, Facebook Group dan laman-lama J&T yang lain.
Berikut adalah antara luahan, keluhan dan pertanyaan dari pelanggan yang menantikan barangan mereka.
“kewak la kau jnt kau peram block moto aku lama ii org urgent nk guna, lah*bau but*h pak ang.dah tau overload stop dlu ambik new parcel” – Khairul
“Barang ni dari bulan lepas tau pos tak sampai sampai. Hantar ke sabah je pun bukan luar negara haa. Barang yg dari china elok je smpai dulu. Ni mengalahkn barang dari luar negara. Sangkut satu tempat. Kalau gerak takpa juga 😡 cust marah marah kita tapi yg salahnya sapa?” – Athillah Shahirah
“Oi hntr segamat biasa agih dekat yongpeng .ni apa kejadah smpai johor ? Pastu hold lama .then dh keluar dari jb park pulak dkt yongpeng lelama .J&T Express – Malaysia tolong settlekn masalah !!!” -Zulhilmi Rostam
“Jambang janggut misai dah cukur 3 kali ni…sampai hari ni takde khabar berita…apa masalah ya…kalau nak pergi amik kat store korang boleh ke…sikit update pon takde…” Muhammad Haiqal Mohd Amin
“What do you mean that you’re still operating . Meanwhile my parcel is still stuck at your warehouse . What are you guys doing ? Please do something dont keep our parcels anymore” – Eira Hazira
“Hello J&T has the truck dissappear or something?? It’s not updated till now how can the customers not worried. Where is this SGR999 hub 😐” – Hou Yip
Ada yang mengatakan punca kejadian ini disebabkan pekerja J&T Express mogok
“Dengarnya setiap GATEWAY mogok siap ada video…betulkah? Byk brg customer sy dah tak update tracking. So, stop dulu lah guna J&T dalam shipping option.” – Asmady Ahmad
“Tula kedekut lagi bayar riders. Mendapat.” – Fairulrizwan Bin Jaffar
“Mmg skrg JNT ada masaalah sbb kebanyakkn pekrja cerita ada pemotongan gaji lebih kurang mcm tu la ni pn dgr budak2 runner JNT yg selalu dtg repair motor dkat workshop membar, tu yg dorg kira mcm slow” – Naz Dora
“ya btul.. sbb pemotongan komisyen.. rmi yg mula mogok..” – Kecik Nurlily
“Bila syarikat tamak semua nk amik gaji n komesyen staf Di potong.. Staf mogok la.. Jnt taiping dh teruk skrng ni..” – Karl Zubir
Tidak kurang juga ada yang kehilangan barang dan rosak.
“Barang customer sy hilang dlm system update delivered tapi barang x dapat.. cdc slim river yg buat kerja sy ade detail dispatch j&t pulangkan barang sy semula” – Nurul Shahidah
“Hmmm. Rip pokok aku dekat shah alam nih. silap gak pilih jnt” – Nazmi Manap
“Oi I panggil lu kirim kuih, apasal lu punya staff bukak kuih saya makan Kalo mau makan kuih minta sama saya ma, I belanja” – Carl DP
“Parcel bertampal sbb kena koyak n ITEM KURANG. Diorg CURI SEPASANG BAJU YG SAYA ORDER!!!” – Zuhra Sulaiman
“Hampagas jnt..brg nya mana..24hb jan pos, da 2 mggu da ni..da la mkanan, abis rosak bkulat xtau..meru ke puchong je pn..klu tau mcm ni pkai lalamove je” – HaQiim Razali
Inilah sebenarnya yang dikatakan punca kejadian
“J&T EXPRESS !!
pihak J&T 2021 januari sudah mula menggila sekali lagi terhadap staff pekerja dengan memotong cara mendapatkan komisen.pihak J&T sudah mengatur langkah dengan membuang elaun komisen runner start bulan januari, maksudnya jika barang tak capai 1200 penghantaran, elaun komisen tidak dapat. elaun penghantaran hanya dikire selepas 1201.
Start januari komisen 1200 parcel delivery kerja wat amal,lebih 1200 baru di kira contoh kalau bulan januari delivery 1500 parcel dia hanye bayar komisen yg 300 parcel sahaje sebab dah lepas 1200 kan,1200 parcel tu dia burn.so 300 parcel x 60sen hanya dapat rm180 sahaje.memang cel*ka kan,sifat belah kasihan tak ada lasung,dah macam komunis pihak orang atasan ni.
Komisen pikcup dari 4% dah jadi 1%,komisen admin clerk lagi la semua dia potong.lepas ni ape pulak dorang nk potong?dengan pengurangan komisen dari pihak atasan J&T, langsung tiada pembincangan dengan pihak staff yang lain tanpa persetujuan.. pihak atas mengambil kesempatan dalam kesempitan orang bawahan!nak cakap rugi pasal kes covid19?company j&t ni tak pernah tutup selama wabak covid19 ni melanda di negara kita,malahan barang semasa PKP bertimbung2 sampai tak cukup staff dorang ambil partime.lagi mau sembang company rugi ke?
Orang bawahan sudah mula utk berbincang dan memberi pendapat tapi tidak diendahkan.. hanya alasan orang atas membandingkan kenapa syarikat penghantaran lain bole buat, J&T tak bole?! sh*t.ini kah kukubesi yang mula membiak??!!jika barang korang oder tu lambat, harap nya paham la situasi kami ye.. dengan kekurangan runner, dengan pemotongan tiada komisen, hanya bergantung basic semata, semangat berkerja pun dah hilang.. gone! sampai staff pun boikot atas ketidakkan perihatinan dari pihak atasan..anak muda bangsa melayu kerja nak rak hujan panas, orang atasan goyang lutut bawah aircond..
Anak melayu yang naik syarikat j&t ni tapi pihak atasan tidak bersyukur dengan kedudukan company sekarang yang dah stabil tapi mereka tak pandai jaga staff.Aku seru kepada seller yg meniaga stop la guna perkhidmatan j&t dan customer stop guna j&t kalau masih guna,barang korang lambat sampai jangan marah sebab semua runner nak lari lepas ni,stop membeli brg kat shoppe guna j&t.boikot!!!!!!boikot! bagi orang atasan sedar kepentingan orang bawahan!
Aku seorang runner dari j&t selangor under SGR.” – Jimmy White
Video Barang-barang dicampak
Keluhan Pekerja J&T berkenaan situasi ini
Kejadian seperti ini pernah terjadi pada Rider foodpanda pada 2019. Walau bagaimanapun DahViral berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik antara majikan dan pekerja J&T Express agar pelanggan perkhidmatan tidak menjadi mangsa dalam kemelut pengurusan syarikat J&T Express.
Disarankan agar J&T Express mempertimbangkan semula kadar bayaran kepada pekerja dan berbincang agar kedua-dua pihak berpuas hati. Dalam keadaan pandemik, perlu ada pertimbangan dari semua pihak.