Tips memilih produk Garden of Eden (GOE)
Hello! Kali ini kita akan terangkan mengenai salah satu produk buatan Malaysia iaitu Garden of Eden. Garden of Eden ni terkenal kerana serumnya iaitu Rosa E, Rosa T, Nature E, Grape E, Jojo E dan Primrose E. Setiap satu serum ini mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti untuk kulit berparut, berjerawat, berjeragat, kulit kusam, anti penuaan dan stretch marks. Serum GOE ini dihasilkan dari ekstrak tumbuh-tumbuhan asli dimana amat bermanfaat untuk kulit kita dan ia juga terbukti diserap dengan cepat dan mendalam serta menjadikan kulit lebih cerah berseri dan cantik.
Produk Garden of Eden ini adalah BEBAS dari paraben, SLS (Sodium Laureth Sulphate), alkohol, mineral oil/petrochemicals/paraffin oil/animal ingredient dan pewarna dan yang paling penting produk ini adalah Halal dan GMP certified. Menarik bukan? Produk ini sesuai digunakan oleh semua lapisan umur termasuk remaja.
Pencuci Muka
Rosa T Mild Cleanser
Pencuci ini menggunakan ekstrak witch hazel (Hamamelis virginiana) yang membantu dalam mengecilkan pori tanpa mengeringkan kulit serta membuatkan kulit terasa segar dan sejuk dan ekstrak aloe vera sebagai agen pelembap serta meningkatkan keanjalan kulit, membantu dalam menghidrat semula dan mengurangkan kemerahan atau kerengsaan kulit.
-Khas untuk kulit yang berminyak,masalah kulit berjerawat serta sensitif.
Gentle Milk Cleanser
Mild and soap-free. Membersih tanpa mengeringkan kulit. Ia juga sesuai dijadikan sebagai make-up remover. Mengandungi ektrak aloe vera yang kaya dengan sifat pelembap. Menggalakkan penghidratan kulit dan menjadikan kulit lembut,licin dan bersih. Tidak mengandungi SLS (Sodium Laureth Sulphate) dan parabens.
-Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan kulit kering.
Facial Scrub
Gentle Exfoliating Facial Scrub
Facial scrub ini diperkaya dengan agen tumbuh-tumbuhan yang mencerahkan nada kulit dan memperbaiki kulit berjerawat serta mengurangkan pori tersumbat. Mengandungi ekstrak rice beads atau manik beras sebagai pengelupasan semulajadi untuk menanggalkan kulit mati. Ekstrak delima untuk melembapkan,membaiki serta melindungi kulit. Ekstrak Licorice root untuk mencerahkan kulit. Olive oil atau Minyak Zaitun dan minyak Jojoba untuk menghidratkan kulit. Minyak essential Geranium dan Peppermint untuk melegakan kulit serta memberi aroma yang menyenangkan. Bebas dari Microbeads,Parabens dan Artificial Fragrance.
- Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.
Serum
Grape E Anti Aging serum
Melambatkan penuaan, merangsang pembentukan sel kulit baru agar kulit terlihat lebih anjal dan kekal remaja. Mengandungi Grape seed oil (Vitis vinifera) yang kaya dengan oligomeric proanthocyanidin complexes (OPC). OPC adalah antioksidan yang sangat kuat 20 kali lebih kuat daripada vitamin C & 50 kali lebih kuat daripada vitamin E. Serum ini juga mengandungi Vitamin E semulajadi (D-alpha tocopherol). Membantu mengunci lembapan supaya kulit lebih lembut dan berseri.
- Sesuai digunakan oleh kulit yang kelihatan kusam.
Natur E Scar Serum
Mengandungi Vitamin E semulajadi yang berfungsi untuk mengurangkan kesan parut dan melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas. Ia juga merupakan pelembap intensif yang membantu melicinkan parut lama dan baru, serta mencerahkan.
- Sesuai digunakan untuk semua jenis parut dan tanda – tanda jerawat lama, kulit retak/merekah (tumit) dan sunburn.
Primrose E Radiant Skin Serum
Diperkaya dengan nutrien semulajadi, serum ini bertujuan untuk menghidrat dan membantu penghasilan sel kulit baru agar kulit kering dan kusam tampak lebih berseri. Dengan asid lemak yang diperolehi dari Evening Primrose oil (EPO), minyak Jojoba dan Grape Seed oil, serum ini menyuburkan dan melembapkan kulit serta membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan berseri. Antioksidan seperti vitamin E semulajadi serta Grape Seed oil melindungi kulit daripada radikal bebas dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.
- Untuk kulit kusam, kering, sensitif dan eczema.
Rosa E Pigmentation Serum
Mengandungi Rosehip seed oil bersama Grape seed oil dan vitamin E semulajadi, serum ini mengurangkan pigmentasi dan meratakan tona kulit, menggalakkan pembaikan kulit dan mengurangkan garis halus dan mengembalikan kelembutan kulit wajah. Gunakan Rosa E serum ini pada waktu malam dan lihat hasilnya dengan kulit lebih lembut, licin dan cerah.
- Untuk kulit berjeragat, berkedut dan tona tidak sekata.
Rosa T Triple Action Acne Serum
Serum ini direka khas untuk melawan anti bakteria yang menyebabkan jerawat dari ringan dan sederhana tanpa merosakkan kulit. Ia juga membantu dalam mengurangkan pengeluaran sebum atau minyak pada kulit. Mengandungi Tea Tree oil yang bersifat anti-bakteria untuk melawan jerawat. Vitamin E dan proanthocynidin sejenis anti-oksida yang berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Rosahip seed oil yang kaya dengan linoleic acid untuk membaik pulih sel kulit dan memberi lembapan agar kulit lebih licin dan gebu.
- Sesuai untuk kulit berjerawat dan parut jerawat.
Tea Tree E Serum
Dirumus dari campuran Australian Tea Tree oil, Vitamin E semulajadi dan Grape Seed oil. Sangat disyorkan untuk rawatan gigitan serangga, luka kecil. Ianya berkesan dalam mengurangkan jangkitan kulit dan keradangan kerana ianya bersifat antiseptik yang semulajadi. Serum ini juga berfungsi sebagai penghalau serangga terutamnya nyamuk ketika berada diluar rumah. Selamat digunakan oleh kanak-kanak.
- Sesuai untuk gigitan serangga, jangkitan kulit, pembedahan kecil dan luka serta cystic acne (on-the-spot treatment).
Argan Oil Plus Serum
Merupakan serum kecantikan premium, memberi ransangan tambahan kepada kulit dan melembapkan kulit. Serum ini adalah 100% berasaskan tumbuhan menggunakan ECO-Certified Organic Argan oil untuk penghidratan kulit. Ia juga mempunyai antioksidan yang kuat, Tocotrienols, dan Grape Seed oil untuk melembutkan kulit dan anti-penuaan. Cepat menyerap serta tidak berminyak. Serum ini juga membantu mengurangkan rambut kusut dan menguatkan kuku. Boleh digunakan pada waktu siang atau malam.
Jojo E Stretch Mark and Dry Skin Serum
Serum ini dirumus khas untuk mencegah dan mengurangkan stretch marks. Dengan Grape Seed oil dan Vitamin E semulajadi serum ini membantu dalam menguatkan kolagen dan keanjalan kulit. Minyak Jojoba, Safflower oil dan Grape Seed oil memberi nutrien penting kepada kulit yang seterusnya menyihatkan kulit dan membantu dalam memperbaiki sel kulit.
Sesuai untuk Kulit Meregang, Kulit Kering dan stretch marks.