Laman Web Cari Kerja Terbaik Malaysia!
Pasaran kerja sangat kompetitif buat generasi masa kini. Kebergantungan pada satu lama carian kerja tidak memadai bagi pencari pekerjaan. Tidak dinafikan ramai juga yang telah bekerja turut bersaing bagi sesuatu jawatan yang diiklankan. Hal berikut dipengaruhi faktor budaya kerja, persekitaran pejabat, rakan sekerja, dan tekanan kerja.
Justeru itu, kami ingin kongsikan kepada anda laman web terbaik bagi membantu anda mencari pekerjaan idaman anda di internet, tidak kira samada anda baru sahaja bergraduasi, mencari kerja kontrak, ataupun mencari kerjaya tetap.
Laman Pencarian Kerja Sektor Kerajaan
Portal SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) – www.spa.gov.my
- Portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ini mengutamakan kepada orang awam yang mencari kerjaya dalam sektor kerajaan.
- Laman web ini diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan mereka akan mengiklankan jawatan kosong bagi setiap negeri
- Maklumat yang disertakan termasuklah jawatan, gaji dan deskripsi tugas dengan tujuan untuk memudahkan pemohon
JobsMalaysia – www.jobsmalaysia.gov.my
- JobsMalaysia menyediakan proses pemadanan kerja yang mudah dan sistematik.
- Salah satu platform selain Portal SPA yang mengutamakan carian kerjaya dalam sektor kerajaan.
- Portal ini menawarkan sistem pencarian dan penawaran kerja yang juga mesra OKU
Laman Pencarian Kerja Sektor Swasta
Jobstreet – www.jobstreet.com.my
- Jobstreet merupakan laman web sumber kerjaya terawal yang diwujudkan di Malaysia dan terkenal dalam kalangan graduan untuk mencari jawatan kosong
- Laman web ini bermula pada tahun 1997 dan kini merupakan syarikat pekerjaan online terbesar di Asia Tenggara
- Meliputi peluang kerja di dalam dan luar negara.
MyStarjob – mystarjob.com
- Satu lagi laman web yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari kerja adalah MyStarjob
- Laman web ini menawarkan peluang kerja yang kompetetif serta memiliki servis khidmat pelanggan yang baik
MauKerja.my – www.maukerja.my
- MauKerja adalah satu platform cari kerja kosong online yang menawarkan ribuan jawatan kosong dari sektor swasta mahupun kerajaan
- Dikategorikan mengikut negeri untuk memudahkan pencarian anda
Monster – www.monster.com.my
- Monster juga merupakan salah satu laman web yang menawarkan carian kerja kontrak, separuh masa dan graduan baru lepasan universiti
- Selain itu, perkhidmatan membuat resume juga disediakan buat mereka yang berminat
Mudah.my Jobs – www.mudah.my/malaysia/Jobs-all-7020
- Selain menjadi platform jual beli online yang menyediakan pelbagai pilihan kategori, mudah.my juga mengiklankan jawatan kosong dalam kategori Jobs and Services
- Permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan boleh dilakukan
- Antara Maklumat yang dipaparkan termasuklah kriteria/syarat kelayakan, gaji, dan pengalaman kerja
- Pelbagai kategori pekerjaan dengan kadar gaji yang ditetapkan untuk dipilih.
Jooble – my.jooble.org
- Buat individu yang membuat pencarian pekerjaan di Jooble, laman web ini akan memberikan pautan-pautan iklan jawatan kosong yang diperoleh daripada sekurang-kurangnya 1765 laman web pekerjaan yang berlainan
- Hasil pencarian yang diperoleh adalah dari serata Malaysia dan relevan dengan pencarian yang dilakukan pemohon
BestJobs – www.bestjobs.com.my
- Laman web Bestjobs membolehkan golongan yang sedang mencari pekerjaan untuk membuat carian kerja terutamanya dalam sektor profesional
- Pemohon boleh memuat naik Curriculum Vitae (CV) untuk dinilai oleh majikan
WowIntro – wowintro.me
- Wowintro adalah sebuah platform pencarian kerja atas talian yang unik
- Pemohon hendaklah mempamerkan diri melalui video yang berdurasi 30 saat
- Dengan cara ini, pemohon berpeluang untuk menonjolkan kemahiran berkomunikasi serta kekuatan lain yang mereka miliki sebelum ditawarkan untuk bekerja.
- Portal ini juga membolehkan golongan yang sedang mencari kerja menjimatkan masa, kos serta tenaga dalam proses pencarian kerja mereka.
- Pemohon tidak perlu lagi risau untuk mencari berpuluh-puluh pekerjaan, kerana disini terdapat peluang yang luas
Tribehired – tribehired.com
- Bagi yang berminat untuk mencari platform di mana syarikat sentiasa bersaing untuk mengambil pekerja yang berbakat, TribeHired adalah pilihan yang terbaik.
- Seramai 100 orang yang berbakat untuk bekerja dicari oleh tribehired setiap minggu
- Bagi yang masih mencari pekerjaan, mereka berpeluang untuk memilih mana-mana tawaran yang dibuka untuk menghadiri sesi temuduga.
Indeed – indeed.com.my
- Meskipun beroperasi di Ireland, Indeed agak popular sebagai laman web untuk mencari pekerjaan di Malaysia
- Terdapat beribu-ribu iklan jawatan kosong yang dipaparkan dari berbagai-bagai sektor pekerjaan di serata Malaysia.
- Pemohon boleh memuat naik resume. Sekiranya resume terpilih, pemohon akan dimaklumkan untuk hadir ke sesi temuduga syarikat berkenaan.
Woob – my.wobbjobs.com/jobs
- Working On Beans Bags (WOBB) membekalkan senarai majikan yang dilakukan oleh pasukan mereka sendiri
- Golongan yang sedang mencari pekerjaan boleh melihat sendiri persekitaran pejabat dan budaya tempat kerja sebelum menghantar permohonan.
- WOBB juga telah memperkenalkan aplikasi mudah alih untuk memudahkan pengguna mencari kerja di mana-mana sahaja mereka berada.
Laman Pencarian Latihan Industri / Practical Training
Intern.my – intern.my
- Melalui laman web Intern.my, pelajar universiti khususnya boleh mengetahui maklumat syarikat yang menyediakan jawatan internship atau latihan industri
- Maklumat/butiran seperti kriteria yang diperlukan, tempoh latihan berlangsung dan jumlah elaun yang ditawarkan akan disediakan untuk memudahkan pemohon membuat pilihan