Spesifikasi dan Harga Playstation 5 Malaysia!
Pasti gamer diluar sana sedang tertunggu-tunggu pelancaran Playstation 5, setelah hampir tujuh tahun Sony Playstation 4 dilancarkan, nampaknya sony sudah bersedia untuk melancarkan konsol terbaharu mereka seawal akhir tahun ini.
Pada siri Playstation 5, dikhabarkan terdapat dua varian yang akan diperkenalkan iaitu Sony Playstation 5 dan Sony Playstation 5 Pro. Model baharu Playstation 5 dijangka hadir dengan spesifikasi yang memukau dengan ruang storan bersaiz 2 TB dengan sokongan paparan resolusi bersaiz 8K (Untuk varian PRO) berbanding Playstation 4 Pro yang sebelum ini didatangkan dengan resolusi bersaiz 4K, wow! Besar tu!
Dari sudut spesifikasi pemprosesan, siri Playstation 5 didatangkan dengan pemprosesan 7nm terbaru AMD Ryzen 8-Core Zen 2 dengan sokongan PCIe 4.0 dan SSD. Bukan itu sahaja, malah prestasi Playstation 5 ini melebihi konsol Microsoft sehingga 12 TFLOPS dimana ini bakal membuatkan pengalaman bermain lebih lancar dan pantas. Platform baharu ini juga dikatakan bakal menyokong ‘cross-generational play’ bermaksud game pada konsol yang sebelumnya boleh dimainkan tanpa masalah. Sekiranya anda memiliki game pada generasi sebelumnya ini adalah berita yang sangat menguntungkan.
Selain itu, kehadiran Playstation 5 DualSense dengan rekaan yang berbeza dan disertakan dengan sokongan ciri-ciri baharu yang diumumkan pada minggu kedua April 2020. DualSense mempunyai banyak perubahan dan perbezaan berbanding controller generasi sebelum ini iaitu DualShock 4.
Sony mendedahkan semua ciri-ciri baharu DualSense yang membezakannya daripada controller DualShock 4. Antara ciri-ciri baharu yang diperkenalkan bagi DualSense adalah seperti Maklum Balas Haptik, Trigger Adaptif, Rekabentuk, dan Mikrofon.
Maklumbalas Haptik
Maklum balas haptik adalah ciri yang tidak asing lagi bagi controller Playstation, namun, kebolehan ciri haptik ini dipertingkankan agar maklumat yang terhasil adalah lebih tepat. Maklum balas haptik pada dasarnya adalah gegaran dan bentuk gelombang yang disampaikan kepada pengguna. Ini membolehkan pengguna mengenalpasti perbezaan yang ketara seperti memandu di pasir ataupun pada permukaan salji hanya berdasarkan maklum balas yang dihasilkan di controller.
Trigger Adaptif
Teknologi trigger adaptif ini membolehkan pembangun pemainan video untuk memprogramkan tahap-tahap yang berbeza pada butang trigger. Sebagai contoh, sekiranya anda menarik busur, ia akan memberikan daya rintangan yang berbeza mengikut daya tarikkan pada busur. Ini memberikan pengalaman yang berbeza sewaktu dalam permainan.
Rekabentuk
DualSense bukan sahaja berbeza dari sudut ciri-ciri baharu, malah rekabentuk dua warna turut menarik perhatian, ini berbeza jika dibandingkan dengan controller PS4,PS3,PS2 dan PS1 terdahulu yang bercorakkan satu warna. Buat masa ini, hanya gabungan warna hitan dan putih telah diperkenalkan secara rasmi. Bagaimanapun akan lebih banyak warna akan didedahkan, pasti untuk menewaskan persaingnya Xbox. Sama-sama kita nantikan.
Mikrofon Terbina
Kebiasaannya kita akan menggunakan mikrofon pada headset untuk berkomunikasi bersama permain lain, dengan terbinanya DualSense, pemain tidak perlu risau sekiranya headset tidak memiliki mikrofon. Menurut sony, teknologi penapisan dan pengenalan suara yang canggih membolehkan hanya suara pemain yang didaftarkan sahaja dikenalpasti.
Butang “Create”
DualSense akan memperkenalkan butang baharu yang dikenali sebagai “Create”. pada DualShock 4, butang “share” telah diperkenalkan terlebih dahulu. Fungsi butang create masih belum jelas, yang pasti, ia boleh melakukan lebih banyak fungsi sama seperti butang “share”.
Berdasarkan dari artikel mydrivers, bagi Playstation 5 Pro yang bakal keluar tidak lama lagi berharga 499 USD bersamaan RM 2097 dan untuk varian bukan Pro, ianya berhangar 499 USD bersamaan RM 1677. Walaubagaimana pun, harga ini belum disahkan sepenuhnya dan cuma anggaran sahaja. Jadi buat peminat Playstation, mungkin boleh mula menabung untuk menjadi pemilik console Playstation 5 terawal.