Headlines

Tips Memilih Produk Hada Labo

Seperti yang anda sedia maklum, HadaLabo berasal dari Jepun tetapi kebanyakan produk HL yang ada di pasaran tanahair kita adalah made in China. Formulation ini agak lain sedikit dari original HL Jepun tetapi ada juga produk yang memang direct made in Japan. Anda tidak perlu khuatir kerana HL yang dijual masih di bawah syarikat Rohto-Mentholatum, katanya masih mengggunakan bahan yang diimport dari Jepun.

HL mempunyai 3 range:

  1. Gokujyun – Packaging berwarna putih. Moisturising, selalunya mengandungi banyak jenis Hyaluronic Acid.
  2. Shirojyun – Packaging berwarna biru. Khas untuk mencerahkan kulit muka serta efek Brightening, mengandungi Arbutin, Vitamin C serta Hyaluronic Acid untuk menghidrat dan ia juga mengandungi botanical extract. Ia membantu untuk mengurangkan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh sinaran UV.
  3. Gokujyun Alpha dengan Super Hyaluronic Acid – Packaging berwarna merah. Untuk Lifting & Firming – Anti-aging, mengandungi Retinol dan Collagen. Meningkatkan keanjalan kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih berseri.

[nextpage title=”Face Wash”]


Face Wash


BerpH rendah dan lembut. Dari segi gentleness Shirojyun < Gokujyun < Aha+Bha.

  • Deep Clean & Pore Refining (line hijau) –Mengandungi alpine extract. Untuk mengecilkan pori,mengawal sebum dan membuatkan kulit tampak licin dan kurang berminyak.
  • Deep Clean & Blemish Control (line biru & ungu) – Ada Salicylic Acid. Bagus untuk kulit berminyak dan berjerawat.
  • Hydra & Whitening (line pink & hijau) – Mempunyai Resveratrol sebagai anti-oxidant dan Fucosorb untuk moisture.
Hydra & Whitening
  • Softening & Whitening (line biru & merah) – Mempunyai resveratrol dan sesame extract untuk menjadikan kulit licin serta lembut.
  • Mild & Sensitive (line oren & hijau muda) – Mempunyai Licorice extract sesuai untuk kulit sensitif, Celendula untuk tenangkan kulit serta mengurangkan iritasi dan ginkgo biloba sebagai antioxidant.
  • Aha+Bha Acne Control (bekas hijau line hijau) – Ada Wild Pansy extract untuk mengurangkan jerawat dan bentonite clay untuk menyerap minyak serta menghilangkan kotoran.
Aha+Bha Acne Control
  • Aha+Bha Oil Control (bekas hijau line oren) –Ada rare alpine extract untuk mengawal minyak serta mengecilkan pori.

[nextpage title=”Lotion atau Toner”]


Lotion atau toner


Lotion ini boleh menjadi moisturiser sekali kalau rasa moisturiser yang ada terlalu heavy.

  • Gokujyun (Rich) – Botol berwarna putih serta line merah. Texture agak gellish serta jernih sedikit. Ia berfungsi sebagai asas kepada rutin pelembab. Mengandungi Asid Hyaluronic bersaiz besar untuk melindungi kulit daripada kehilangan lembapan. Sesuai untuk kulit kering/normal.
  • Gokujyun (Light) – Botol berwarna putih serta line hijau. Texture macam air. Sangat recommended untuk beginner. Mengandungi Asid Hyaluronic bersaiz kecil untuk mengembalikan kelembapan kulit. Tekstur yang ringan. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
  • Gokujyun Premium – Botol berwarna emas. Ini memang watery gel gitu. Ala-ala serum. Texture agak pekat sikit jadi jika skin oily agak tidak sesuai kerana boleh menyebabkan kulit berminyak lagi teruk. Sesuai untuk kulit kering/normal.
  • Shirojyun (Rich) – Botol berwarna biru serta line oren. Untuk mencerahkan kulit dan membantu memperbaiki kulit kering. Mempunyai 3 jenis Asid Hyaluronik dengan bahan pencerah kulit semulajadi untuk kulit kelihatan berseri dan lembap. Sesuai untuk kulit kering/normal.
  • Shirojyun (Light) – Botol berwarna biru serta line kuning. Tekstur yang ringan. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
  • Shirojyun Premium (Rich) – Botol berwarna biru tua. Bertujuan untuk mencerahkan kulit. Mengandungi Vitamin C dan E serta Tranexamic Acid untuk melawan dark spot dan seimbangkan tona kulit serta mengembalikan skin radiance. Selain itu, ia juga mengandungi Nano Hyaluronic Acid dan Hyaluronic Acid untuk melembapkan kulit. Sesuai untuk kulit kering/normal.
  • Shirojyun Premium (Light) – Botol berwarna biru tua. Ia juga bertujuan untuk mencerahkan kulit. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
  • Gokujyun Lifting Firming Lotion (Retinol) – Botol berwarna merah. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak kenalkan retinol pada kulit. Mengandungi Hydrolyzed Collagen yang membantu untuk meningkatkan keanjalan kulit serta menghaluskan kulit muka serta anti-oxidant untuk melawan radikal bebas. Sesuai untuk kulit kering/normal.
  • Gokujyun Blemish and Oil Control Hydrating Lotion. – Mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi dan Hyaluronic Acid untuk menghilangkan noda dan mengembalikan keseimbangan minyak dan kelembapan untuk kulit yang sihat dan cantik. Untuk kulit berminyak serta berjerawat.
  • Tamagohada Mild peeling lotion – Clarifying/exfoliating toner. Untuk membuang kotoran, kulit mati yang tertinggal selepas mencuci muka. Membantu untuk menghilangkan garis-garis halus dimuka. Membuatkan kulit tampak lebih bercahaya. Sesiapa yang baru nak kenalkan Aha/Bha pada kulit, boleh cuba yang ini dulu. Sangat mild. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
Tamagohada Mild peeling lotion

[nextpage title=”Gels & Cream”]


Gels & creams


  • Perfect Gel – Bekas berwarna gold. Dikatakan perfect sebab boleh jadi 5 in 1 : Lotion, lotion milk, essence, moisturiser, sleeping mask. Yang ini memang untuk hydration dan juga ditambah collagen.
  • Whitening Perfect Gel – Bekas putih tulisan biru. Sama seperti perfect gel .Cuma ditambah arbutin dan vitamin c untuk brightening effect.
Whitening Perfect Gel
  • Perfect UV Gel – Bekas berwarna biru muda. Merupakan sunblock.
  • Perfect 3D Gel – Bekas berwarna merah dalam Retinol range. Ada retinol, collagen dan resveratrol. Untuk keanjalan kulit. Sesuai untuk kulit normal/kering.
Perfect 3D Gel
  • Hydrating Cream A.C.E – Dalam kotak berwarna light yellow. Krim pelembap yang ada Vitamin A, C dan E. Untuk kulit kusam. Untuk menghalang kulit daripada hilang lembapan. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
Hydrating Cream A.C.E
  • Hydrating Light Cream – Bekas berwarna light pink, penutup putih. Krim pelembap yang ringan. Yang ini sesuai digunakan siang hari. Untuk kulit berminyak, boleh guna ni pada waktu malam. Mengandungi Hyaluronic Acid untuk lock moisture dalam kulit serta extract aloe vera dan natural botanical extract untuk nourish-kan skin. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
  • Hydrating Water Gel – Bekas berwarna biru muda, penutup putih. Pelembap jenis gel, tak sesuai untuk kulit kering sebab high alcohol content. Sesuai untuk kulit berminyak / kombinasi.
Hydrating Water Gel
  • Whitening water Gel – Bekas biru tua, penutup putih. Pelembap jenis gel yang memberi kesan brightening sekali. Ada niacinimide, vitamin c. Warning for dry skin sebab alcohol agak tinggi.
  • Lifting + Firming Cream (Retinol) – Bekas berwarna merah. Krim pelembap dari retinol range.
Lifting + Firming Cream (Retinol)