Resepi Ayam Masak Thai Pasti Lazat!
Bahan A:
10 ketul bahagian ayam digoreng
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Sedikit air
Minyak
Bahan B: (bahan kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api
Cara Penyediaan:
Tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang serta daun limau purut. Tumis sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan yang dah dikisar kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air dan akhir sekali masukkan ayam dan perasa mengikut sesedap rasa.