Ayam Kam Heong
Bahan-bahan :
1 Ekor ayam dipotong 18
2 ulas bawang besar (sebiji didadu dan sebiji lagi dipotong kasar)
4 ulas bawang putih (diketuk)
6 cili merah (dibelah 2) *lebihkan cili jika ingin lebih pedas
7 cili kmpung (belah 2) *lebihkan cili jika ingin lebih pedas
20 helai daun kari
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
2 sb kicap lemak manis
3 or 4 sb serbuk kari
Minyak masak
Garam
Cara Penyediaan :
- Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam
- Goreng ayam sehingga masak. Kemudian asingkan
- Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air
- Panaskan minyak
- Tumis bawang besar bawang putih sehingga wangi
- Masukkan bancuhan kari dan daun kari
- Masukkan sos dan kicap kemudian kacau sebati sehingga agak pekat
- Masukkan ayam goreng serta hirisan cili
- Gaul rata.
- Sedia untuk dihidang