Gula-gula White Rabbit Sah Mengandungi Protein Khinzir
Baru baru ini viral di media sosial bahawa gula-gula white rabbit yang sering kali kelihatan dijual dikedai-kedai runcit diwaktakan haram. Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darulsalam sudah melakukan analisa ke atas produk keluaran negara China dan mendapati positif protein khinzir.
Kerajaan Brunei mengambil inisiatif untuk mengasingkan gula-gula jenama white rabbit ke bahagian non-halal di kedai dan pasaraya supaya tidak wujud kekeliruan dikalangan pengguna.
Walaubagaimana pun sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana sekiranya anda telah termakan gula-gula ini sewaktu kecil, atau mungkin sudah termakan gula-gula ini baru sebentar tadi boleh merujuk artikel Hukum Tidak Sengaja Termakan Babi.
Harapan kita semoga pihak berwajib mengambil tindakkan sewajarnya bagi melindungi pengguna-pengguna islam di Malaysia.