Tip Memilih Produk Meeracle Skincare
Produk Meeracle sudah bertapak selama empat tahun bermula dengan Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser yang khusus untuk penjagaan kulit wajah yang diformulasikan khas untuk kulit wanita Asia. Ia juga telah diuji secara klinikal untuk memberikan kesan positif kepada kulit tanpa meninggalkan kesan sampingan.
Produk Meeracle diuji oleh pakar kulit dan pakar kimia bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan produk, juga bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan. Produk Meeracle telah dikilangkan di kilang tang mendapat pengiktirafan Good Manufacturing Practises (GMP) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk Meeracle diformulasikan agar sesuai dengan semua jenis kulit wanita Asia.
MEERACLE FACIAL SERUM
Meeracle Facial Serum diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi bertujuan untuk merawat kulit dari dalam dan mengekalkan kelembapan kulit bagi mengelakan keradangan dan masalah kulit. Bahan-bahan utama yang terkandung dalam Meeracle Facial Serum dan fungsinya adalah seperti berikut:
- Diamond
Berlian kebanyakkanya digunakan bagi proses mencerahkan kulit dan mengurangkan “white head’ dan “stretch mark”. Diamond juga bertindak sebagai agen pelembap untuk kulit.
- Pearl
Serbuk Pearl membantu dalam menyuburkan kulit dan menjadikannya licin, halus, anjal, sihat dan semulajadi serta mencerahkan dan memutihkan.
- Ruby
Kaya dengan Vitamin A, mencerahkan kulit wajah dan melancarkan aliran darah pada kulit muka.
- Alpha Arbutin
Agen pemutihan yang sangat berkesan diekstrak dari daun bearberry yang berfungsi memudarkan dark spot, kesan jerawat dan jeragat. Juga merawat tona kulit yang tidak sekata.
- Lecithin
Lecithin adalah bahan yang melindungi kulit dari sinaran matahari, anti-radang, anti-bakteria dan anti penuaan.
Meeracle Facial Serum mengandungi 21 bahan aktif termasuk 5 bahan di atas. Antara bahan lain yang digunakan adalah seperti Pischia Ferment Lysate Filtrate yang membantu dalam keanjalan kulit wajah, verbascum Thapsus Flower yang membantu dalam pengcahayaan kulit. Gabungan bahan-bahan ini memberikan tekstur lembut pada Meeracle Facial Serum dan mudah diserap oleh kulit muka. Meeracle Facial Serum bertindak sebagai pelembap, primer, serum dan juga sunblock.
MEERACLE FACIAL CLEANSER
Meeracle Facial Cleanser adalah pencuci muka yang 100% diperbuat daripada bahan organik. Fungsinya adalah untuk mengeluarkan kotoran yang melekat pada wajah dan mencuci sehingga ke liang-liang pori. Bahan yang terkandung dalam Meeracle Facial Cleanser serta fungsinya adalah seperti berikut:
- Aloe Vera
Bertindak sebagai pelindung pada wajah dan melindungi daripada cahaya matahari. Aloe Vera juga memberi kelembapan pada kulit, merawat bintik-bintik hitam dan mengekalkan kesegaran kulit wajah.
- Avocado
Ekstrak Avocado berupaya untuk menyuburkan kulit dan membantu menyerikan wajah. Selain itu, ia merawat kulit kemerahan dan kegatalan.
- Green Tea
Menyegarkan kulit muka disamping mengandungi anti-oksida yang berfungsi untuk mencegah penuaan dan kedutan pada wajah.
- Apple Stem Cell
Saintis telah menemukan kebaikan apple stem cell yang melindungi kulit dari kerosakan akibat pendedahan kulit pada sinar UV, disamping merawat tisu kulit yang rosak. Apple Stem Cell juga menggalakan pertumbuhan sel kulit yang baru dan mengekalkan keanjalan kulit.
- Malachite Stone
Berfungsi untuk mengeluarkan lebih minyak pada kulit untuk mengekalkan kelembapan dan membuatkan kulit wajah kelihatan bersih dan bersinar.
MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK
Meeracle Luxury Cleansing Milk yang berteksturkan susu ini adalah dihasilkan bersama dengan 7 bunga yang dibawa dari Pulau Jeju Korea. Bunga tersebut adalah Rose, Camelia, Cosmics, Magnolia, Narcissus, Centaurea dan Canola Flower. Selain mengandungi 7 jenis bunga, Meeracle Luxury Cleansing Milk mengandungi Fermented Sugar Plan yang diimport daripada Brazil bertujuan membantu dan mengawal kulit daripada kering, dan melembapkan kulit serta menganjalkan kulit.
Dengan ekstrak batu permata, Meeracle Luxury Cleansing Milk boleh menghilangkan kotoran di wajah dan mudah menanggalkan solekan kalis air (water proof) dengan hanya sekali sapuan. Meeracle Luxury Cleansing Milk akan membuatkan kulit menjadi bersih, tidak berminyak, tidak melekit dan kulit menjadi lembut.
Hubungi Pn. Faz untuk mendapatkan harga terkini produk Meeracle