“Tolong! Perogol!” Enggan Bayar Kereta, Pemilik Sembur Racun Serangga. (Dikemaskini)
Pemandu Honda City putih tampil memberi kenyataan bela diri dalam Group Langkawi Sana Sini Baru. Dalam kenyataan tersebut, wanita itu mendakwa tindakan kumpulan lelaki yang ingin menarik kereta tersebut yang duduk di sebelahnya telah membuatkannya merasa cemas dan bertindak menyembur racun serangga untuk melindungi diri. Walau bagaimanapun ejen tampilkan video, elak tuduhan. (Video dibawah)
Baru-baru ini viral video seorang wanita yang menjerit meminta tolong kononnya mendakwa diragut sambil menyembur racun serangga ke arah beberapa orang lelaki yang ditugaskan untuk menarik keretanya di Langkawi.
Melaui video yang tular, kereta Honda City yang dipandu wanita tersebut didakwa mempunyai tunggakan sehingga lima bulan.
Dalam video tersebut, seorang lelaki masuk ke dalam kereta perempuan itu dan duduk dibahagian pemandu sebelum wanita tersebut menyemburnya dengan racun serangga sambil menjerit. Apabila lelaki tersebut keluar, wanita itu terus menjerit dan menutup pintu kenderaan sebelum memandu pergi dari situ.
Pemilik Tampil Beri Kenyataan
“Perhatian kepada semua netizen yang viral kan video saya dan yang komen tentang video ni.. Baca betul-betul keterangan ni.. Ini bukan rekaan semata-mata.. Kalau nak tahu betul ke tidak tolong bagi kerja sama untuk pihak yang berkuasa jalankan tugas..
Saya seperti yang tertera di dalam video tersebut .. Pada hari kejadian saya dan anak saya berumur 2 tahun sebelum saya ke bank saya pergi membeli sedikit barang rumah bersama anak.
Semasa saya keluar dari bank di datangi dua orang lelaki dan berkasar dengan saya dan anak saya menyatakan mahu mengambil kereta yang bukan hak milik saya dan sekiranya saya tidak mahu bagi kereta, saya perlu membayar kepada mereka.
Dalam kejadian itu pak cik tua itu telah menyigung (menyiku) saya sehingga saya tersandar di kusyen kereta lalu saya dapat mencapai ridsect yang dibeli saya itu. Saya seorang perempuan apabila mereka berkelakuan sedemikian saya dan mana-mana perempuan sekali pun akan bertindak begitu.
Nasib dalam kereta saya tidak ada senjata tajam kalau ada mesti saya sudah tikam mereka kerana saya panik dan nak pertahankan diri dan anak saya.
Kalau betul mereka agen sah penarik kereta mereka tahu undang-undang untuk tarik kereta bukan datang seperti penyamun. Wajar bagi saya berbuat sedemikian kerana nak mempertahankan diri dan anak saya, bukan nak pertahankan kereta yang bukan hak milik saya yang sah.“
Difahamkan, individu-individu yang ingin menarik kereta tersebut turut membuat laporan polis mendakwa wanita tersebut memukul dan menyembur mereka. Bagaimanapun, kiriman tersebut telah dipadam selepas 12 jam.
Kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengecam wanita tersebut dan ada yang menegur cara agen-agen tersebut menjalankan tugas.
Ejen Penarik Jawab Dakwaan (Video)
“Korang Nilailah Sendiri Siapa Kaki ‘Spin’ Sebenarnya…” – Ejen penarik Sangkal Dakwaan Kasari Pemandu Honda City S+ Hutang 5 bulan tak bayar! Susulan dakwaan pemandu kereta Honda City S+ kononnya dikasari oleh ejen penarik kereta, D’Ben Al Shariff sekali lagi memuat naik video awal kejadian itu.
“Katanya abang repo berkasar dengan dia, korang nilaikanlah sendiri Sapa kaki spin sebenarnya.” tulis D’Ben di Facebooknya.
Dalam video berdurasi lima minit itu, wanita bernama Nurul Adlina itu terdahulu dilihat berbincang dengan ejen penarik kereta itu.
Tidak Dapat Bayar Ansuran
Jelas Nurul, pada awalnya dia tidak dapat membayar ansuran bulanan kereta itu selama tiga bulan kerana mengalami kesusahan dan tambahan pula dia tidak bekerja. Lalu dia meminta diberikan sedikit masa untuk menjelaskan tunggakan itu.
Bagaimanapun, ejen berkenaan berkata dia memahami situasi yang dialami oleh Nurul itu. Malangnya dia hanya menjalankan tugas dan menasihatkan Nurul berbincang dengan pihak Maybank sekiranya mahu meminta diberikan masa.
Difahamkan kereta Honda City S+ itu adalah milik suami Nurul. Ejen berkenaan turut menawarkan diri untuk membawa Nurul ke Maybank sekiranya mahu berbincang dan jika pihak bank setuju untuk melepaskan kereta itu, maka dia akur.
Sumber : D’Ben Al Shariff, My Crime Watch, Group Langkawi Sana Sini Baru