10+ Destinasi Menarik di Langkawi 2020
11. SkyBridge Langkawi
Sebuah jambatan merentasi hutan Bukit Machinchang melengkung pejalan kaki yang terpanjang di dunia. Fakta ini sudah cukup membuatkan pelancong yang bercuti ke Pulau Langkawi tidak mahu lepaskan peluang melihat sendiri salah satu mercu tanda kebanggaan di Langkawi yang sangat popular iaitu Sky Bridge.
Kehebatan jurutera yang membina jambatan ini dengan hanya menggunakan satu tiang besi sokongan memang sangat mengagumkan. Sky Bridge yang sepanjang 125 meter ini boleh anda lalui berjalan kaki untuk melihat keindahan Pulau Langkawi dari sudut yang paling menarik. Destinasi ini sudah pasti menjadi salah satu destinasi wajib bagi Instragrammer.
Walaupun jarak 125 m itu adalah tidaklah terlalu panjang, namun oleh kerana kerumitan seni bina jambatan unik ini, ianya mengambil masa selama 12 bulan untuk siap sepenuhnya pada tahun 2004. Lokasi jambatan ini yang terletak di atas puncak Bukit Machinchang iaitu titik kedua tertinggi di Pulau Langkawi, membolehkan anda melihat panorama sekeliling secara 360 darjah. Untuk ke sini, pelancong perlu menaiki SkyCab atau kereta kabel menuju ke Top Station yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari stesen bawah.
Sebaik sampai di Top Station, anda perlu berjalan kaki & mendaki sedikit melalui laluan yang agak mencabar sekitar 10 minit untuk sampai ke Sky Bridge. Jika anda tiada stamina, usah risau kerana terdapat perkhidmatan tram (SkyGlide) yang boleh bawa anda ke sini tanpa perlu memerah keringat. Sebaik menyelusuri jambatan yang menghubungkan 2 puncak bukit ini, perasaan gerun & seronok seolah-olah bercampur baur.
Gerun kerana jambatan ini sangat tinggi & agak bergoyang-goyang sedikit serta seronok kerana panorama alam yang terbentang luas di depan mata yang pasti membuatkan anda tidak mahu berkelip. Masa terbaik untuk ke sini adalah pada waktu petang sedikit kerana kurang panas. Sekiranya cuaca buruk kebiasaanya SkyBridge & perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan ditutup.
Dewasa (RM 5) | Kanak – Kanak (RM 3)
Bayaran Sky Glide untuk ke Sky Birdge dari Top Station:
Dewasa (RM 10) | Kanak – Kanak (RM 7)
Tiket Sky Bridge & Sky Glide boleh dibeli di kaunter tiket di bahagian Top Station selepas menaiki SkyCab.
12. Pantai Cenang
Bagi yang pertama kali bercuti di Langkawi, sudah tentu anda mencari destinasi tepi pantai yang paling popular & paling menarik kan? Kalau ya, Pantai Cenang adalah jawapannya. Sebuah pantai di Langkawi yang strategik kerana mempunyai banyak pilihan hotel & resort popular di Pulau Langkawi seperti Malibest Resort Langkawi, Meritus Pelangi Resort, Langgura Baron Resort & sebagainya.
Selain itu, lokasinya juga hanya 7 km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pesisiran Pantai Cenang sungguh cantik & pasirnya putih sekali. Air lautnya yang membiru pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk mandi manda atau pun menikmati aktiviti snorkel.
Di sepanjang Pantai Cenang yang menjangkau 2 km ini ( merupakan antara yang terpanjang di Langkawi ), terdapat banyak operator yang menawarkan aktiviti sukan air seperti main jet ski, banana boat, parasailing & sebagainya. Kawasan tepi pantai juga landai & sesuai untuk anak-anak anda mandi manda kerana ombak tidak kuat.
Jika malas naik bot untuk aktiviti island hopping atau snorkeling , usah risau kerana dari Pantai Cenang ini, anda sebenarnya sudah boleh menyelam untuk melihat ikan-ikan & terumbu karang di dasarnya.
Dari hotel-hotel di Pantai Cenang ini juga, anda boleh berjalan kaki sahaja ke beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi yang popular seperti Underwater World, Laman Padi, Cenang Mall & perniagaan runcit yang menjual barangan bebas cukai.
Musim cuti sekolah, lokasi Pantai Cenang memang sangat meriah dengan kehadiran pelancong-pelancong tempatan. Bagi yang berbulan madu di Langkawi, disyorkan untuk menginap di sini & pada waktu petang, boleh ajak pasangan lepak tepi pantai untuk menikmati keindahan panorama matahari terbenam. Sekiranya anda ke Langkawi sekitar waktu yang padat ni, waktu yang terbaik adalah di awal pagi untuk mendapatkan lebih privasi.
Satu destinasi pantai yang serba lengkap & banyak pilihan penginapan sama ada hotel bajet, resort tepi pantai menarik atau pun hotel yang mempunyai kolam renang kanak-kanak yang menarik.