Tips Memilih Produk Hada Labo
Lotion atau Toner
Lotion atau toner
Lotion ini boleh menjadi moisturiser sekali kalau rasa moisturiser yang ada terlalu heavy.
- Gokujyun (Rich) – Botol berwarna putih serta line merah. Texture agak gellish serta jernih sedikit. Ia berfungsi sebagai asas kepada rutin pelembab. Mengandungi Asid Hyaluronic bersaiz besar untuk melindungi kulit daripada kehilangan lembapan. Sesuai untuk kulit kering/normal.
- Gokujyun (Light) – Botol berwarna putih serta line hijau. Texture macam air. Sangat recommended untuk beginner. Mengandungi Asid Hyaluronic bersaiz kecil untuk mengembalikan kelembapan kulit. Tekstur yang ringan. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
- Gokujyun Premium – Botol berwarna emas. Ini memang watery gel gitu. Ala-ala serum. Texture agak pekat sikit jadi jika skin oily agak tidak sesuai kerana boleh menyebabkan kulit berminyak lagi teruk. Sesuai untuk kulit kering/normal.
- Shirojyun (Rich) – Botol berwarna biru serta line oren. Untuk mencerahkan kulit dan membantu memperbaiki kulit kering. Mempunyai 3 jenis Asid Hyaluronik dengan bahan pencerah kulit semulajadi untuk kulit kelihatan berseri dan lembap. Sesuai untuk kulit kering/normal.
- Shirojyun (Light) – Botol berwarna biru serta line kuning. Tekstur yang ringan. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
- Shirojyun Premium (Rich) – Botol berwarna biru tua. Bertujuan untuk mencerahkan kulit. Mengandungi Vitamin C dan E serta Tranexamic Acid untuk melawan dark spot dan seimbangkan tona kulit serta mengembalikan skin radiance. Selain itu, ia juga mengandungi Nano Hyaluronic Acid dan Hyaluronic Acid untuk melembapkan kulit. Sesuai untuk kulit kering/normal.
- Shirojyun Premium (Light) – Botol berwarna biru tua. Ia juga bertujuan untuk mencerahkan kulit. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.
- Gokujyun Lifting Firming Lotion (Retinol) – Botol berwarna merah. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak kenalkan retinol pada kulit. Mengandungi Hydrolyzed Collagen yang membantu untuk meningkatkan keanjalan kulit serta menghaluskan kulit muka serta anti-oxidant untuk melawan radikal bebas. Sesuai untuk kulit kering/normal.
- Gokujyun Blemish and Oil Control Hydrating Lotion. – Mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi dan Hyaluronic Acid untuk menghilangkan noda dan mengembalikan keseimbangan minyak dan kelembapan untuk kulit yang sihat dan cantik. Untuk kulit berminyak serta berjerawat.
- Tamagohada Mild peeling lotion – Clarifying/exfoliating toner. Untuk membuang kotoran, kulit mati yang tertinggal selepas mencuci muka. Membantu untuk menghilangkan garis-garis halus dimuka. Membuatkan kulit tampak lebih bercahaya. Sesiapa yang baru nak kenalkan Aha/Bha pada kulit, boleh cuba yang ini dulu. Sangat mild. Sesuai untuk kulit normal / berminyak / kombinasi.